Perbezaan Beli Rumah Lelong dan Subsale

Salam bahagia salam ceria salam kejayaan,

Ramai yang bertanya dan tercari-cari bagaimana cara nak beli rumah? Ada juga yang nak tahu apa beza beli rumah lelong dan subsale? Untuk menjawab persoalan tersebut daripada papan kekunci saya, saya akan bahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu sebelum, semasa dan selepas. Saya akan menyenaraikan persamaan dan perbezaan membeli rumah lelong dan subsale dari sudut kewangan dan kaedah.

A. Sebelum – Jika anda telah merancang membeli rumah subsale ataupun rumah lelong, perkara utama ialah semak kelayakan pinjaman anda dengan bank jika ingin membuat pinjaman bank berapa jumlah maksimum. Selepas itu cari rumah idaman mengikut bajet anda dan lihat sendiri keadaan rumah tersebut. Untuk rumah lelong paling kurang 10% perlu ada dalam tangan untuk masuk lelong. JANGAN serah duit kepada agen sebaliknya 10% tersebut ditukar dalam bentuk bank draf. Bagi rumah subsale pula 3% untuk booking fee dan 7% selepas S&P ditandatangani. Baki 90% lagi perlu dijelaskan dalam tempoh 4 bulan bagi rumah lelong dan 3 bulan bagi rumah subsale.

B. Semasa – Semasa membeli rumah subsale, perkara yang anda perlu tahu ialah menyerahkan deposit/booking fee kepada agen yang berdaftar dan dapatkan resit bayaran sebagai bukti. AWAS! Jika anda mahu menyerahkan kepada tuan rumah dapatkan resit kerana jika tuan rumah “sapu” duit anda, melopong la jawabnya. Buat pinjaman untuk menyelesaikan baki lagi 90%. Bagi rumah lelong pula hadir ke tempat lelong atau hantar wakil bersama dokumen yang diperlukan. Bawa sedikit duit tambahan jika berlaku kenaikan harga lelong.

C. Selepas – Selesai sahaja tandatangan S&P dan pinjaman diluluskan untuk beli rumah subsale, cari peguam untuk proses tukar hak milik. Jelaskan baki bayaran 90% dalam tempoh 3 bulan. Bagi rumah lelong jika anda menang, mohon pinjaman dan cari peguam untuk proses tukar hak milik. Jelaskan baki 90% dalam tempoh 4 bulan. Sediakan duit untuk bayaran lawyer.

Kesimpulannya,

  • membeli rumah lelong dan subsale perlu ada minima 10% daripada harga rumah.
  • tempoh maksimum mendapat hak milik rumah subsale ialah 3 bulan dan bagi rumah lelong 4 bulan.

Agen lelong – boleh membantu mengurangkan kos membeli rumah lelong.

Agen hartanah – tidak banyak membantu mengurangkan kos membeli rumah subsale.

FacebookTwitterGoogle+Share