Nak beli Rumah Lelong? Baca betul-betul…

Salam bahagia salam sejahtera salam kejayaan,
Semakin ramai orang sekarang ini membuka mata untuk membeli rumah lelong.

Mungkin kerana harga rumah yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Apa yang akan saya kongsikan ialah pandangan daripada saya sendiri mengenai selok belok hartanah lelong.

Rasanya anda sudah tahu prosedur nak beli rumah lelong. Kali ini saya nak kongsikan perkara-perkara yang jarang dan susah untuk dikongsikan kepada semua mengenai rumah lelong.

Perkongsian ini berkisar semasa hari lelongan beberapa minit atau jam sebelum lelongan.

Umum telah mengetahui semasa hari lelongan akan ada banyak ‘ulat’ yang kadang kala menjadikan kita takut nak beli rumah lelong.

Saya jadikan contoh sebuah rumah lelong dengan harga rezab RM80,000. dan mempunyai 8 orang pembida.

Oppsss..untuk makluman berapa ramai dan siapa pembida rumah lelong tu tidak diketahui sehinggalah saatnya lelongan bermula..

Ulat-ulat ini akan meminta wang supaya pembida yang lain akan tarik diri (tidak mengangkat tangan) daripada lelongan. Contohnya rumah tersebut ada 8 orang pembida. Jadi ‘ulat-ulat’ ini akan mencari pembida 8 orang ini untuk berbincang sama ada mahu membeli atau menerima sedikit habuan jika menarik diri dari membida.

Jika 7 orang pembida bersetuju menarik diri dan menerima habuan RM500 seorang, maka pembida yang betul-betul mahukan rumah lelong berkenaan akan membayar sejumlah wang kepada ulat-ulat dan 7 pembida yang lain. Biasanya jumlah wang yang diminta anggaran RM1000 ke RMXXXXX bergantung kepada pembida yang betul-betul nak beli rumah itu. Dalam contoh kes ini RM4000 bahagi 8 orang jadi RM500 seorang termasuk ulat.

Ulat-ulat ini nak cari duit mudah dengan cara begitu. Rasuah ke ni..?? Tak tahulah istilahnya sebab mereka bukan pelelong yang boleh memberi kemenangan kepada pembida yang serius tu.. Perlu tanya yang pakar pasal hukum memberi dan menerima duit tu ye..

Kebaikannya ialah ‘win-win situation’ atau situasi menang-menang kepada 8 orang pembida ini. Seorang bakal dapat memiliki rumah lelong dengan harga terendah RM80,000 dan membayar ulat+pembida yang lain. Contoh RM80,000 + RM4000 jumlahnya RM84,000. Pembida yang lain pula pulang hampa tidak dapat rumah tapi sedikit gembira dapat habuan.

Jika ada pembida yang tidak mahu berbincang dan tidak mahu menerima habuan, maka pembidaan akan berlaku. Biasanya rumah yang dibida akan naik melebihi RM90,000. Sudah rugi ribu-ribu kepada si pemenang. Sebenarnya jika anda sebagai pembida boleh je nak cari 7 pembida yang lain dan berbincang dengan mereka..Sanggupkah?

Keburukannya ialah perlu ada tunai RM1000 ke RMxxxx untuk bayar mereka. Pening kepala…

Akan bersambung dengan topik Pelelong Yang Begini Pun Ada…

Jika anda nak beli atau masih mencari rumah lelong, klik di sini!

Jika anda dah tau rumah lelong mana yang nak dibeli, daftar di sini jika perlukan khidmat saya!

FacebookTwitterGoogle+Share

Rumah Lelong Disember 2012 (N.Sembilan)

Senarai Rumah Lelong Disember 2012


Klik di sini untuk paparan lebih jelas dan membuat carian.

FacebookTwitterGoogle+Share

Rumah Lelong November 2012 (N.Sembilan)

Senarai Rumah Lelong November 2012


Klik di sini untuk paparan lebih jelas dan membuat carian.

FacebookTwitterGoogle+Share

Tarikh Lelong: 12 Disember 2011

AUCTION DATE

PROPERTY

PARTICULARS

RESERVE PRICE

12/12/11

LOT 1-62, KIARA SQUARE SHOPPING CENTRE, PUSAT PERNIAGAAN KIARA, BAHAU, N.S

SHOPLOT

(411 SQ.FT)

L/H

RM 120,000

12/12/11

LOT 1-125, KIARA SQUARE SHOPPING CENTRE, PUSAT PERNIAGAAN KIARA, BAHAU, N.S

SHOPLOT

(315 SQ.FT)

L/H

RM 200,000

12/12/11

NO. 46, JLN SRI PULAI 2, TMN SRI PULAI, S’BN

D/STOREY LOW COST HOUSE

(990 SQ.FT)

RM 60,000

12/12/11

NO. 147, GREEN VIEW RESORT HOMES, PD

S/STOREY LOW COST HOUSE

(1,195 SQ.FT)

F/H

RM 28,400

FacebookTwitterGoogle+Share