Pelelong Yang Begini Pun Ada..?#

Salam bahagia,

Bertemu lagi dalam cerita rumah lelong. Kali ini berkaitan cerita yang jarang dihebahkan… Cerita sebelum ini berkisar tentang ulat rumah lelong. Selain ulat-ulat ada lagi perkara yang boleh berlaku semasa hari lelongan. Al kisah si pelelong yang …

Tiba saatnya rumah lelong dengan harga rezab RM175,000 diumumkan untuk dilelong. Maka si pelelong pun mengumumkan kenaikan harga sebanyak RM5000 setiap kali pad diangkat. Aduss…RM5000 mengeluh sedikit orang yang nak beli rumah berkenaan mendengarnya.

Lelongan pun bermula. Pembida pertama angkat pad untuk harga rezab RM175,000. Pembida kedua berlawan harga dengan harga menjadi RM180,000. Pembida lain terketar-ketar nak angkat tangan untuk membida.. Mana tidaknya, sekali angkat RM5000 terbang. Kos lawyer pun tak semahal itu..

Pendek cerita kalau dapat pelelong yang macam ni.. memang ramai yang bengang.

Ada juga kes pelelong yang terus bermula dengan menaikkan harga. Contohnya harga rezab RM92,000. Harga permulaan lelong terus dinaikkan RM95,000. Terkejut pembida..

Jadi, rumah lelong ni ada macam-macam cerita. Ada cerita suka, duka, untung, rugi, kalah, menang, serik, tak serik, kecewa, gembira dan sebagainya.

Jika anda perlukan khidmat saya untuk membida rumah lelong pilihan anda, boleh hubungi saya. Saya hanya insan biasa [fullstop].

FacebookTwitterGoogle+Share

Nak beli Rumah Lelong? Baca betul-betul…

Salam bahagia salam sejahtera salam kejayaan,
Semakin ramai orang sekarang ini membuka mata untuk membeli rumah lelong.

Mungkin kerana harga rumah yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Apa yang akan saya kongsikan ialah pandangan daripada saya sendiri mengenai selok belok hartanah lelong.

Rasanya anda sudah tahu prosedur nak beli rumah lelong. Kali ini saya nak kongsikan perkara-perkara yang jarang dan susah untuk dikongsikan kepada semua mengenai rumah lelong.

Perkongsian ini berkisar semasa hari lelongan beberapa minit atau jam sebelum lelongan.

Umum telah mengetahui semasa hari lelongan akan ada banyak ‘ulat’ yang kadang kala menjadikan kita takut nak beli rumah lelong.

Saya jadikan contoh sebuah rumah lelong dengan harga rezab RM80,000. dan mempunyai 8 orang pembida.

Oppsss..untuk makluman berapa ramai dan siapa pembida rumah lelong tu tidak diketahui sehinggalah saatnya lelongan bermula..

Ulat-ulat ini akan meminta wang supaya pembida yang lain akan tarik diri (tidak mengangkat tangan) daripada lelongan. Contohnya rumah tersebut ada 8 orang pembida. Jadi ‘ulat-ulat’ ini akan mencari pembida 8 orang ini untuk berbincang sama ada mahu membeli atau menerima sedikit habuan jika menarik diri dari membida.

Jika 7 orang pembida bersetuju menarik diri dan menerima habuan RM500 seorang, maka pembida yang betul-betul mahukan rumah lelong berkenaan akan membayar sejumlah wang kepada ulat-ulat dan 7 pembida yang lain. Biasanya jumlah wang yang diminta anggaran RM1000 ke RMXXXXX bergantung kepada pembida yang betul-betul nak beli rumah itu. Dalam contoh kes ini RM4000 bahagi 8 orang jadi RM500 seorang termasuk ulat.

Bayaran dibuat selepas berjaya dapat rumah lelong berkenaan. Jika tidak berjaya jangan pula dibayar..!!

Ulat-ulat ini nak cari duit mudah dengan cara begitu. Rasuah ke ni..?? Tak tahulah istilahnya sebab mereka bukan pelelong yang boleh memberi kemenangan kepada pembida yang serius tu.. Perlu tanya yang pakar pasal hukum memberi dan menerima duit tu ye..

Kebaikannya ialah ‘win-win situation’ atau situasi menang-menang kepada 8 orang pembida ini. Seorang bakal dapat memiliki rumah lelong dengan harga terendah RM80,000 dan membayar ulat+pembida yang lain. Contoh RM80,000 + RM4000 jumlahnya RM84,000. Pembida yang lain pula pulang hampa tidak dapat rumah tapi sedikit pengubat duka dapat duit minyak pergi balik, duit cuti tanpa gaji sebab minta cuti nak beli rumah lelong ..

Jika ada pembida yang tidak mahu berbincang dan tidak mahu menerima habuan, maka pembidaan akan berlaku. Biasanya rumah yang dibida akan naik melebihi RM90,000. Sudah rugi RM10,000 lebih kepada si pemenang. Sebenarnya jika anda sebagai pembida boleh je nak cari 7 pembida yang lain dan berbincang dengan mereka..Sanggupkah?

Keburukannya ialah perlu ada tunai RM1000 ke RMxxxx untuk bayar mereka. Pening kepala…

Akan bersambung dengan topik Pelelong Yang Begini Pun Ada…

Jika anda nak beli atau masih mencari rumah lelong, klik di sini!

Jika anda dah tau rumah lelong mana yang nak dibeli, daftar di sini jika perlukan khidmat saya!

FacebookTwitterGoogle+Share

Rumah Lelong Disember 2012 (N.Sembilan)

Senarai Rumah Lelong Disember 2012


Klik di sini untuk paparan lebih jelas dan membuat carian.

FacebookTwitterGoogle+Share

Rumah Lelong November 2012 (N.Sembilan)

Senarai Rumah Lelong November 2012


Klik di sini untuk paparan lebih jelas dan membuat carian.

FacebookTwitterGoogle+Share

Rumah Lelong Oktober 2012 (N.Sembilan)

Senarai Rumah Lelong Oktober 2012


Klik di sini untuk paparan lebih jelas dan membuat carian.

FacebookTwitterGoogle+Share